Isnin, 24 Jun 2013

CORETAN INDAH BUAT MEMBAIKI IMAN KITA SELURUH UMAT MANUSIA


SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG,
SIRIH DARI PULAU MUTIARA,
PEMANIS KALAM SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA..

DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM BERMULALAH SKETSA SAYA PADA HARI INI...
Pernahkah anda terfikir tentang satu isu iaitu KEPIMPINAN BERMULA DARIPADA  KEGAGALAN!!!!
Sejarah sentiasa berbicara kepada kita bahawa kebanyakan kejayaan luar biasa sentiasa didahului oleh pengalaman –pengalaman susah dan menyulitkan. Namun ini tidak bermakna pemimpin perlu mengambil jalan susah dahulu ketika ada pilihan yang memudahkan dirinya. Kesusahan yang dimaksudkan ini ketentuan daripada Tuhan dalam bentuk ujian yang mengecewakan dan memedihkan..

Dalam buku 7 Minutes Solution, Allyson Lewis mencadangkan agar setiap kali kita mahu tidur , bayangkan keajaiban yang mahu disaksikan apabila bangun daripada tidur esoknya. Begitu juga, apabila bangun daripada tidur pula, ambil masa satu minit yang pertama untuk mengenang semula peristiwa-peristiwa manis dan pahit yang berlaku semalam dan lihat sikap positif atau negatif yang telah diserlahkan di sebalik peristiwa itu..

BELAJAR DARIPADA KEGAGALAN
Setiap kita mempunyai pengalaman pahit dalam hidup masing-masing.Sejauh mana sekalipun penyesalan dan air mata yang mengalir , kita tetap tidak mampu melakukan apa-apa perubahan kepada keadaan yang telah berlalu. Apa yang penting adalah kita mengambil sebatang pena dan sehelai kertas, tulislah pelajaran-pelajaran daripada pengalaman pahit itu..Kita tidak mampu mengubah ketentuan Tuhan, namun kita berupaya memilih reaksi kita terhadap ketentuan yang telah berlaku itu. Sesungguhnya kita hari ini di bentuk oleh pilihan yang kita buat semalam. Hari esok ialah pilihan yang kita buat hari ini!!!

Sebenarnya , banyak pelajaran yang ALLAH mahu kita fahami apabila Dia mengurniakan kegagalan.. Mungkin kita angkuh, lalu digagalkan-NYA kita untuk kembali tawaduk.Mungkin kita alpa, lalu kegagalan itu mengingatkan kita semula kepada-NYA.. Atau mungkin ALLAH berkehendak menganugerahkan kejayaan yang lebih besar, maka kegagalan kecil itu ditakdirkan berlaku supaya kita lebih bersedia untuk mencapai kejayaan yang jauh lebih besar..


Akhirnya, renungkan kata-kata hikmah Ibn ‘Ataillah,tokoh sufi abad ke-14: “Boleh jadi kamu dibuka pintu-pintu (mengerjakan) ketaatan (yang banyak), namun belum tentu Tuhan membuka untukmu pintu-pintu penerimaan (daripada amalan ketaatan itu)..Boleh jadi kamu ditakdirkan berbuat dosa dan maksiat , namun siapa tahu mungkin disitulah (bermulanya) jalan kamu mendekati Tuhanmu”....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan