Isnin, 8 Disember 2014

SUNGAI NIL YANG INDAH PERMANDANGANNYA...

ASSALAMUALAIKUM.....
MARI KITA MULAKAN BACAAN DENGAN
UMULKITAB AL-FATIHAH...
=)

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM....
Sekian lama menyepi hari ini ketemu kembali kerana apa?? Kerana ALLAH menggerakkan hati saya untuk berkongsi dengan nda semua tentang SUNGAI NIL ...
Siapa tahu sungai Nil terletak di mana??
Bagi yang tak tahu tak mengapa saya akan kongsikan kepada anda semua...



MARI kita terokai sungai Nil serba sedikit...
Sungai Nil ialah sebatang sungai utama yang mengalir ke utara di Afrika. Sungai Nil umumnya dianggap sebagai sungai yang terpanjang di dunia..

Sungai Nil mempunyai dua cawang yang utama, iaitu Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih. Sungai Nil Biru ialah sumber untuk kebanyakan air dan tanah subur Sungai Nil, tetapi Sungai Nil Putih adalah cawang yang lebih panjang antara kedua-dua cawang ini..


Sungai Nil Putih berpuncakan kawasan tasik-tasik Besar di Afrika Tengah dengan titik punca terpencilnya di Rwanda Selatan dan mengalir ke utara merentasi Tanzania, Tasik Victoria , Urganda, dan bahagian selatan Sudan , manakala Sungai Nil Biru berpunca di Tasik Tana , Habsyah dan mengalir masuk ke Sudan dari tenggara.. Kedua-dua cawang ini bertemu berhampiran dengan Khartoum , ibu negara Sudan..

Bahagian utara Sungai Nil mengalir hampir pada keseluruhannya merentasi gurun, dari Sudan masuk ke Mesir , sebuah negara yang tamadunnya bergantung kepada sungai ini sejak
zaman purba lagi... Kebanyakkan penduduk Mesir dan kesemua kotanya , kecuali kota-kota yang terletak berhampiran dengan pantai , terletak di sepanjang lembah Nil di utara Aswan; hampir semua tapak kebudayaan dan sejarah Mesir Kuno terletak di sepanjang tebing sungai ini....
SUNGAI NIL TAMAT DI SEBUAH DELTA YANG MENGALIR MASUK KE LAUT MEDITERRANEAN....


Semoga para pembaca dapat input yang berguna..
Saya hanya berkongsi kerana saya pun belum pernah melawat ke tempat yang serba indah ciptaan-NYA... Doakan perjalanan hidup saya semoga Diberkatai Illahi...
AMIN YA RABB....

Isnin, 24 Jun 2013

JAGA-JAGA HATI UJUB!!!!

Ujub?? Apa tu ujub?? Tak pahamlah... Boleh tak terangkan?? 


 Situasi A;
Sebuah hasil tugasan seorang pelajar A dijadikan contoh kepada rakan-rakan lain oleh gurunya dihadapan kelas.
Pelajar A:
(Terdetik dalam hati) “Hebat juga aku, hasil kerja aku jadi contoh dalam kelas.”



Situasi B:
Seorang pelajar B membantu rakannya yang sedang dalam kesusahan.

Pelajar B:
(Berkata kepada rakannya yang khuatir menyusahkannya) “Tidak mengapa, saya kan kawan yang baik.”





NAH,DUA SITUASI YANG NAMPAK BERBEZA TETAPI SEBENARNYA SATU RASA YANG SAMA.. SATU RASA YANG TANPA DISEDARI , BANYAK KALI TERLINTAS DALAM HATI ATAU TERPACUL DI MULUT SENDIRI.. APAKAH RASA ITU?? YA, ITULAH RASA UJUB. APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN UJUB??

Ilham pujangga rasa..
WALAU MULUT TIDAK TERKUMAT-KAMIT, PENUHI RUANG HATIMU DENGAN SELAWAT ATAS NABI S.A.W. WALAU JARI TIDAK MENGHITUNG, LAFAZKAN ZIKRULLAH SEPANJANG MASA. PASTI HATI AKAN TAWADUK SELALU. TEPUK DADA, CUBA RASA!!

ERTI UJUB                                      
Ujub ialah satu rasa yang hadir secara halus dalam hati. Tatkala kita sedang melakukan kebaikan ataupun punya kelebihan diri, di situlah ujub mudah untuk menyerang andai kita tidakberniat melakukan kebaikan kerana ALLAH S.W.T. Ujub terjadi apabila kita memuji diri sendiri ketika kita sedang berbuat kebaikan..

AWAS!! Ujub ini tidak hanya hadir bagi perkara-perkara besar yang dilakukan, malah ketika kita melakukan perkara-perkara rutin juga boleh terhasilnya ujub. Kita merasakan diri hebat lalu kita memuji diri sendiri sehingga terlupa niat sebenar melakukan kebaikan kerana ALLAH SWT.

Perlukah kita lahirkan rasa ujub ini? Tidak sesekali, kerana ujub umpama pemetik api yang boleh menyalakan penyakit hati yang lain. Ya, ujub sejenis penyakit hati. Ujub adalah rangkaian kepada penyakit hati yang jika tidak dibendung akan mencampakkan diri ke dalam lembah dosa besar. Malah, saya juga berasa kerdil dengan coretan saya kali ini. Saya yakin ujub pernah menyusup dalam kamar hati ini tanpa saya sedari itu adalah ujub. Mudah bukan, syaitan memainkan peranannya? NAUZUBILLAH!!! Mari kita sama-sama berusaha mengelak penyakit ujub. Benarlah kata bijak pandai : “Bukan mudah untuk menjaga hati, jangankan hati orang lain, hati kita sendiri lagi banyak payahnya.”
           Hati ialah raja dalam kerajaan diri kita. Andai hati sudah terbiasa dengan ujub ini , apa yang akan terjadi kepada anggota lain? Akan wujub lagikah erti keikhlasan kerana ALLAH dalam diri kita?

{ renung-renungkan dan selamat beramal }  

DI SEBALIK UJIAN

 Pedih sungguh hatinya terkena ujian hebat yang tidak diduga.Pilu sungguh jiwanya merintih sedih mengenang diri yang dirundung malang.Air matanya berjuraian jatuh mengiringi sedih perasaan yang tidak tertanggung bebannya lagi.Dia benar-benar sedih.Sedih yang tidak terucap.Jika diluahkan kepada manusia dengan seribu daya pun mereka pasti hanya bisa menadah telinga dan mungkin melontar buah rasa buat pemujuk jiwa.Hanya dirinya sahaja yang mengerti.Namun dia pasti ALLAH berjuta kali lebih mengerti dan mendalami isi hatinya berbanding dirinya sendiri!!!
Namun mengapa sukar memujuk diri tika ditimpa ujian begini.Pemilik hati kerdil ini payah untuk terus pasrah dan reda berbanding pantas sahaja berputus asa dan lebih rela melayan sebak di dada.Di sebalik ujian ada hikmah yang terselindung.Harus disingkap baru ditemui manisnya ujian yang menimpa.Namun ujian yang menjengah sering dianggap pengusut jiwa bukan tanda sayang daripada ILLAHI!!!
Akal yang dangkal sering membaca ujian itu derita.Sebab itu ujian yang tiba umpama langit menghempap kepala.Malang sungguh jiwa kerana tidak kenal pencipta.Sedangkan semua yang ditakdirkan ALLAH pasti ada baiknya!! Itu janji ALLAH.Janji ALLAH tidak mungkin dusta.
Seperti sesebuah produk , jika ingin diketahui mutunya harus diuji sebelum ia selamat untuk digunakan.Produk itu perlu melalui ujian dan menepati piawaian yang ditetapkan.Begitulah insan.Kehidupan mereka mempunyai syariat dan piawaian yang perlu ditepati barulah terhasilnya MUKMIN SEJATI!!! Jika tidak melepasi piawaian ujian , jadilah Muslim itu sebuah produk yang tidak bermutu dan tidak tahan lasak.Justeru MUKMIN SEJATI harus diuji!!
Seperti Rasulullah SAW yang liku hidupnya dipenuhi ujian.Pada masa yang sama ALLAH begitu cinta kepada Baginda sehingga dinobatkan sebagai kekasih ALLAH.MASYA ALLAH !! Sebab itulah ujian bukan tanda benci dan nista tetapi tanda cinta.Ia kayu ukur keimanan seorang Muslim. Yakinlah !! Mukmin yang sejati apabila ditimpa kesusahan dia bersyukur dan apabila ditimpa kemudaratan dia bersabar...




JOM RAWAT LIDAH YANG SUKA MENCACI

PERBUATAN mencaci atau menyakiti hati seseorang Muslim adalah termasuk dosa besar dalam Islam kerana ia boleh menjejaskan nama baik atau maruah orang yang dimaki atau disakiti hatinya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Seorang Mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan suka menghina, bukan suka berbuat keji, dan bukan orang yang suka bercakap keji.”
HAIYA KITA RAWAT LIDAH KITA NAK??
ü  Latihkan diri dengan berkata-kata dan berbual dengan perkataan yang baik-baik , lemah lembut dan mesra.
ü  Latihkan diri dengan menjauhi daripada sikap menghina, mengutuk, merendah-rendahkan sesama Muslim.
ü  Latihkan diri dengan bergaul dan berkawan sesama rakan yang baik , juga berdamping dengan orang yang tinggi  ilmu  agamanya.
ü  Latihkan diri dengam mengelak daripada bersikap suka bermusuh , suka mengumpat, suka bertengkar.
ü  Latihkan diri dengan meringankan lidah untuk memohon maaf dengan orang lain jika tersilap atau berbuat salah.
ü  Latihkan diri dengan mengamalkan sikap berbaik sangka dan menolak buruk sangka terhadap orang lain.

ü  Latihkan diri dengan mengamalkan hubungan sillaturahim antara satu sama lain.

CORETAN INDAH BUAT MEMBAIKI IMAN KITA SELURUH UMAT MANUSIA


SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG,
SIRIH DARI PULAU MUTIARA,
PEMANIS KALAM SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA..

DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM BERMULALAH SKETSA SAYA PADA HARI INI...
Pernahkah anda terfikir tentang satu isu iaitu KEPIMPINAN BERMULA DARIPADA  KEGAGALAN!!!!
Sejarah sentiasa berbicara kepada kita bahawa kebanyakan kejayaan luar biasa sentiasa didahului oleh pengalaman –pengalaman susah dan menyulitkan. Namun ini tidak bermakna pemimpin perlu mengambil jalan susah dahulu ketika ada pilihan yang memudahkan dirinya. Kesusahan yang dimaksudkan ini ketentuan daripada Tuhan dalam bentuk ujian yang mengecewakan dan memedihkan..

Dalam buku 7 Minutes Solution, Allyson Lewis mencadangkan agar setiap kali kita mahu tidur , bayangkan keajaiban yang mahu disaksikan apabila bangun daripada tidur esoknya. Begitu juga, apabila bangun daripada tidur pula, ambil masa satu minit yang pertama untuk mengenang semula peristiwa-peristiwa manis dan pahit yang berlaku semalam dan lihat sikap positif atau negatif yang telah diserlahkan di sebalik peristiwa itu..

BELAJAR DARIPADA KEGAGALAN
Setiap kita mempunyai pengalaman pahit dalam hidup masing-masing.Sejauh mana sekalipun penyesalan dan air mata yang mengalir , kita tetap tidak mampu melakukan apa-apa perubahan kepada keadaan yang telah berlalu. Apa yang penting adalah kita mengambil sebatang pena dan sehelai kertas, tulislah pelajaran-pelajaran daripada pengalaman pahit itu..Kita tidak mampu mengubah ketentuan Tuhan, namun kita berupaya memilih reaksi kita terhadap ketentuan yang telah berlaku itu. Sesungguhnya kita hari ini di bentuk oleh pilihan yang kita buat semalam. Hari esok ialah pilihan yang kita buat hari ini!!!

Sebenarnya , banyak pelajaran yang ALLAH mahu kita fahami apabila Dia mengurniakan kegagalan.. Mungkin kita angkuh, lalu digagalkan-NYA kita untuk kembali tawaduk.Mungkin kita alpa, lalu kegagalan itu mengingatkan kita semula kepada-NYA.. Atau mungkin ALLAH berkehendak menganugerahkan kejayaan yang lebih besar, maka kegagalan kecil itu ditakdirkan berlaku supaya kita lebih bersedia untuk mencapai kejayaan yang jauh lebih besar..


Akhirnya, renungkan kata-kata hikmah Ibn ‘Ataillah,tokoh sufi abad ke-14: “Boleh jadi kamu dibuka pintu-pintu (mengerjakan) ketaatan (yang banyak), namun belum tentu Tuhan membuka untukmu pintu-pintu penerimaan (daripada amalan ketaatan itu)..Boleh jadi kamu ditakdirkan berbuat dosa dan maksiat , namun siapa tahu mungkin disitulah (bermulanya) jalan kamu mendekati Tuhanmu”....

Jumaat, 22 Mac 2013

INDAHNYA BERSAHABAT



Ada beberapa perbuatan yang elok dan sangat baik untuk kita ambil dan amalkan dalam persahabatan , ikutlah pesanan Rasulullah saw     


Ø Mempamerkan akhlak yang mulia apabila bersama orang lain , sabda Rasulullah S.A.W : “Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.”

Ø Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain , sabda Nabi S.A.W.: “Allah tidak menambah sesuatu ke atas seseorang hamba pada kemaafan yang diberikannya melainkan kemuliaan.”
\
Ø Mempraktikkan sikap malu Rasulullah S.A.W., sabdanya: “Malu itu sebahagian daripada iman dan iman itu berada di dalam syurga.”



Ø Mencari sahabat yang baik kerana ia termasuk dalam ciri-ciri kebahagian seorang manusia berdasarkan sabda Nabi S.A.W daripada Sayidina Ali.

Ø Mengajak manusia kearah kebaikan dunia dan akhirat , Abu Soleh berkata : “Seorang Mukmin itu adalah orang yang bergaul denganmu dengan baik, dan menunjukimu kepada kebaikan dalam agama dan duniamu.”







Semoga persahabatan yang kita jalin dengan rakan-rakan yang baik dapat membawa kepada keikhlasan dalam perjalanan hidup dan diredai Allah s.w.t.

Kesombongan , berdusta dan keciciran dalam solat berjemaah itu racun halus yang memakan akar sebuah ukhwah dalam diam.Ia tidak mampu dilihat, tetapi ia merosakkan hati tanpa sedar.






(huhuhu... nie lah kita org time form 3 smart tak??? Kalo nak kenal nie la kita org ... nakal x jugak... hihihihi..)

kadang-kadang kita terlupa kita pernah gembira bersama dia, kadang-kadang kita terleka yang dia selalu buat kita ketawa, kadang-kadang kita tersenyum kerana dia pernah buat kita bahagia, adakalanya kita menangis kerana telatahnya membuat kita merinduinya... kerana orang itu adalah orang yang pernah berkongsi suka dan duka bersama-sama...


salam persahabatan...

Ambillah masa untuk fahami hati dan perasaan sahabat, kerana dia juga seorang manusia yang ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa, dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan teman sebagai kekuatan..Kita selalu melihat dia ketawa tetapi mungkin dia tak setabah yang kita sangka...






(KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK , JADI KITA HARUSLAH BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH)

UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA...

Jumaat, 24 Ogos 2012

w@h@! TEm@n !n!l@h b!c@R@ UNtukMU


Engkaulah yg bersinar bagaikan
Cahaya di kala kegelapan
Malam manikam jiwa
Kala aku kesunyian
Kaulah penghiburnya
Bagiku sinar sulu kini muram
Tapi, dikau telah membuatkan ia kembali
Bersinar terang
Membawa seribu harapan
Agar tidak dipersiakan....
Teman,
Ketahuilah olehmu
Bahawa rinduku ini tiada bertemaN
Mengharapkan sinar cahaya rembulan

Bukan seperti pungguk kerinduan
Tentunya impian tidak kesampaian,......                                                                                    

Teman,

Adakah kau juga
Merasai apa yg kurasakan
JIwa bergelora menahan
Rindu dan dendam
JIka kau merinduiku disaat ini
ketahuilah bahawa
Aku juga merinduimu seadanya
tetapi bersabarlah
masa akan menentukan kita
SElagi waktu tidak menelan usia
Semaentara itu, marilah kita
Menuju M@HL!G@! G@D!NG
Bersama-sama!!!
Andai aku dapat membaca setiap bait-bait yg terkandung dlm kamus persahabatan


pasti tiada tanda soal yg datang bertubi-tubi, lenyap dan hilang sekelip mata
seolah-olah aku dapat mengetahui siapa insan yg bergelar teman sejati
lemas aku seperti di tengah lautan manusia
puas mata hitam berlari ke sana dan ke sini mencari si dia
seketika angin menghembus gemersik bayu di taman mawar
keharuman aromanya mencucuk hidung
seperti ada seseorang yang menghampiriku sambil membawa sejambak mawar
ya! aroma itu semakin hampir
aroma yg aku tunggu-tunggu selama ini
barang kali dialah teman sejatiku
masya Allah! sempurnanya dia berdiri di hadapanku
erat dia mengendong sejambak mawar yg aromanya masih bermain
ya, aku pasti!
aku pasti dialah teman sejati yg aku maksudkan
alhamdulillah, aroma itu masih memayungi hidungku
dia masih mendampingi aku....



Berpesan Al Qomah kepada anaknya, "Wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat yang berikut:
1. Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.
2. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari teman itu maka ia akan segera mengusahakannya.
3. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.
4. Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu.
5. Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya.
6. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.
7. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan (hadiah) kepada temanmu itu maka ia akan menerimanya dengan baik malah ia membalasnya kembali.
8. Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu.
9. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.
10. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu itu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu ...




Teman,
Dengan segugus keyakinan
Ku capai sebatang pen dan sekeping kertas
Lalu, ku gagahi jari- jemari ini
untuk membaikan segugus bicara
Suka-duka, pahit manis bersamamu,
Setiap kali memori itu singgah di kamar fikiranmu.   

Teman,
Kenangan indah bersamamu
Bagaikan rakaman kaseT
Yang sentiasa berputar
Mengimbas kembali setiap
detik bersamamu.
Jikalau ada ruang untukku bertanya,
Mengapa perpisahan???
Menjadi perantaraan antara kita.
Ku sisihkan perasaanku yang
Berantingkan kedukaan                                             
Berdaunkan keresahan
Berbungakan kekesalan……
Pernahkan kau terfikir
Aku juga insan sepertimu
Yang mengharapkan penghargaaN...



Teman,
Jika aq menjadi sejarah keresahanmu,
Jika aq menjadi keegoan remajamu,
MAAFkan aq,
Anggaplah aku insan yang tidak pernah engkau kenali,
Insan yang tidak pernah singgah di HATImu
Aku hanya mempunyai sekeping hati,
Yang pernah dihempap kekecewaan
Namun kukutip dan kucantum kembali
Menjadi sebuah tugu PERSAHABATAN DI HATI.

Cuma satu harapanku,
Andai aq masih dihatimu
,Siramilah persahabatan ini dengan
embun kemesraan
Bajailah dengan setulus keikhlasan
,Agar kuntumnya memekar kembali…