Isnin, 24 Jun 2013

JAGA-JAGA HATI UJUB!!!!

Ujub?? Apa tu ujub?? Tak pahamlah... Boleh tak terangkan?? 


 Situasi A;
Sebuah hasil tugasan seorang pelajar A dijadikan contoh kepada rakan-rakan lain oleh gurunya dihadapan kelas.
Pelajar A:
(Terdetik dalam hati) “Hebat juga aku, hasil kerja aku jadi contoh dalam kelas.”



Situasi B:
Seorang pelajar B membantu rakannya yang sedang dalam kesusahan.

Pelajar B:
(Berkata kepada rakannya yang khuatir menyusahkannya) “Tidak mengapa, saya kan kawan yang baik.”





NAH,DUA SITUASI YANG NAMPAK BERBEZA TETAPI SEBENARNYA SATU RASA YANG SAMA.. SATU RASA YANG TANPA DISEDARI , BANYAK KALI TERLINTAS DALAM HATI ATAU TERPACUL DI MULUT SENDIRI.. APAKAH RASA ITU?? YA, ITULAH RASA UJUB. APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN UJUB??

Ilham pujangga rasa..
WALAU MULUT TIDAK TERKUMAT-KAMIT, PENUHI RUANG HATIMU DENGAN SELAWAT ATAS NABI S.A.W. WALAU JARI TIDAK MENGHITUNG, LAFAZKAN ZIKRULLAH SEPANJANG MASA. PASTI HATI AKAN TAWADUK SELALU. TEPUK DADA, CUBA RASA!!

ERTI UJUB                                      
Ujub ialah satu rasa yang hadir secara halus dalam hati. Tatkala kita sedang melakukan kebaikan ataupun punya kelebihan diri, di situlah ujub mudah untuk menyerang andai kita tidakberniat melakukan kebaikan kerana ALLAH S.W.T. Ujub terjadi apabila kita memuji diri sendiri ketika kita sedang berbuat kebaikan..

AWAS!! Ujub ini tidak hanya hadir bagi perkara-perkara besar yang dilakukan, malah ketika kita melakukan perkara-perkara rutin juga boleh terhasilnya ujub. Kita merasakan diri hebat lalu kita memuji diri sendiri sehingga terlupa niat sebenar melakukan kebaikan kerana ALLAH SWT.

Perlukah kita lahirkan rasa ujub ini? Tidak sesekali, kerana ujub umpama pemetik api yang boleh menyalakan penyakit hati yang lain. Ya, ujub sejenis penyakit hati. Ujub adalah rangkaian kepada penyakit hati yang jika tidak dibendung akan mencampakkan diri ke dalam lembah dosa besar. Malah, saya juga berasa kerdil dengan coretan saya kali ini. Saya yakin ujub pernah menyusup dalam kamar hati ini tanpa saya sedari itu adalah ujub. Mudah bukan, syaitan memainkan peranannya? NAUZUBILLAH!!! Mari kita sama-sama berusaha mengelak penyakit ujub. Benarlah kata bijak pandai : “Bukan mudah untuk menjaga hati, jangankan hati orang lain, hati kita sendiri lagi banyak payahnya.”
           Hati ialah raja dalam kerajaan diri kita. Andai hati sudah terbiasa dengan ujub ini , apa yang akan terjadi kepada anggota lain? Akan wujub lagikah erti keikhlasan kerana ALLAH dalam diri kita?

{ renung-renungkan dan selamat beramal }  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan