Isnin, 8 Disember 2014

SUNGAI NIL YANG INDAH PERMANDANGANNYA...

ASSALAMUALAIKUM.....
MARI KITA MULAKAN BACAAN DENGAN
UMULKITAB AL-FATIHAH...
=)

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM....
Sekian lama menyepi hari ini ketemu kembali kerana apa?? Kerana ALLAH menggerakkan hati saya untuk berkongsi dengan nda semua tentang SUNGAI NIL ...
Siapa tahu sungai Nil terletak di mana??
Bagi yang tak tahu tak mengapa saya akan kongsikan kepada anda semua...



MARI kita terokai sungai Nil serba sedikit...
Sungai Nil ialah sebatang sungai utama yang mengalir ke utara di Afrika. Sungai Nil umumnya dianggap sebagai sungai yang terpanjang di dunia..

Sungai Nil mempunyai dua cawang yang utama, iaitu Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih. Sungai Nil Biru ialah sumber untuk kebanyakan air dan tanah subur Sungai Nil, tetapi Sungai Nil Putih adalah cawang yang lebih panjang antara kedua-dua cawang ini..


Sungai Nil Putih berpuncakan kawasan tasik-tasik Besar di Afrika Tengah dengan titik punca terpencilnya di Rwanda Selatan dan mengalir ke utara merentasi Tanzania, Tasik Victoria , Urganda, dan bahagian selatan Sudan , manakala Sungai Nil Biru berpunca di Tasik Tana , Habsyah dan mengalir masuk ke Sudan dari tenggara.. Kedua-dua cawang ini bertemu berhampiran dengan Khartoum , ibu negara Sudan..

Bahagian utara Sungai Nil mengalir hampir pada keseluruhannya merentasi gurun, dari Sudan masuk ke Mesir , sebuah negara yang tamadunnya bergantung kepada sungai ini sejak
zaman purba lagi... Kebanyakkan penduduk Mesir dan kesemua kotanya , kecuali kota-kota yang terletak berhampiran dengan pantai , terletak di sepanjang lembah Nil di utara Aswan; hampir semua tapak kebudayaan dan sejarah Mesir Kuno terletak di sepanjang tebing sungai ini....
SUNGAI NIL TAMAT DI SEBUAH DELTA YANG MENGALIR MASUK KE LAUT MEDITERRANEAN....


Semoga para pembaca dapat input yang berguna..
Saya hanya berkongsi kerana saya pun belum pernah melawat ke tempat yang serba indah ciptaan-NYA... Doakan perjalanan hidup saya semoga Diberkatai Illahi...
AMIN YA RABB....