PERBUATAN mencaci atau menyakiti hati seseorang
Muslim adalah termasuk dosa besar dalam Islam kerana ia boleh menjejaskan nama
baik atau maruah orang yang dimaki atau disakiti hatinya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Seorang
Mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan suka menghina, bukan suka
berbuat keji, dan bukan orang yang suka bercakap keji.”
HAIYA KITA RAWAT LIDAH KITA NAK??
ü Latihkan diri dengan berkata-kata dan berbual dengan
perkataan yang baik-baik , lemah lembut dan mesra.
ü Latihkan diri dengan menjauhi daripada sikap menghina,
mengutuk, merendah-rendahkan sesama Muslim.
ü Latihkan diri dengan bergaul dan berkawan sesama rakan yang
baik , juga berdamping dengan orang yang tinggi
ilmu agamanya.
ü Latihkan diri dengam mengelak daripada bersikap suka
bermusuh , suka mengumpat, suka bertengkar.
ü Latihkan diri dengan meringankan lidah untuk memohon maaf
dengan orang lain jika tersilap atau berbuat salah.
ü Latihkan diri dengan mengamalkan sikap berbaik sangka dan
menolak buruk sangka terhadap orang lain.
ü Latihkan diri dengan mengamalkan hubungan sillaturahim
antara satu sama lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan