Pedih sungguh hatinya terkena ujian hebat yang
tidak diduga.Pilu sungguh jiwanya merintih sedih mengenang diri yang dirundung
malang.Air matanya berjuraian jatuh mengiringi sedih perasaan yang tidak
tertanggung bebannya lagi.Dia benar-benar sedih.Sedih yang tidak terucap.Jika
diluahkan kepada manusia dengan seribu daya pun mereka pasti hanya bisa menadah
telinga dan mungkin melontar buah rasa buat pemujuk jiwa.Hanya dirinya sahaja
yang mengerti.Namun dia pasti ALLAH berjuta kali lebih mengerti dan mendalami
isi hatinya berbanding dirinya sendiri!!!


Seperti sesebuah
produk , jika ingin diketahui mutunya harus diuji sebelum ia selamat untuk
digunakan.Produk itu perlu melalui ujian dan menepati piawaian yang
ditetapkan.Begitulah insan.Kehidupan mereka mempunyai syariat dan piawaian yang
perlu ditepati barulah terhasilnya MUKMIN SEJATI!!! Jika tidak melepasi
piawaian ujian , jadilah Muslim itu sebuah produk yang tidak bermutu dan tidak
tahan lasak.Justeru MUKMIN SEJATI harus diuji!!
Seperti Rasulullah
SAW yang liku hidupnya dipenuhi ujian.Pada masa yang sama ALLAH begitu cinta
kepada Baginda sehingga dinobatkan sebagai kekasih ALLAH.MASYA ALLAH !! Sebab
itulah ujian bukan tanda benci dan nista tetapi tanda cinta.Ia kayu ukur
keimanan seorang Muslim. Yakinlah !! Mukmin yang sejati apabila ditimpa
kesusahan dia bersyukur dan apabila ditimpa kemudaratan dia bersabar...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan