Jumaat, 22 Mac 2013

INDAHNYA BERSAHABAT



Ada beberapa perbuatan yang elok dan sangat baik untuk kita ambil dan amalkan dalam persahabatan , ikutlah pesanan Rasulullah saw     


Ø Mempamerkan akhlak yang mulia apabila bersama orang lain , sabda Rasulullah S.A.W : “Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.”

Ø Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain , sabda Nabi S.A.W.: “Allah tidak menambah sesuatu ke atas seseorang hamba pada kemaafan yang diberikannya melainkan kemuliaan.”
\
Ø Mempraktikkan sikap malu Rasulullah S.A.W., sabdanya: “Malu itu sebahagian daripada iman dan iman itu berada di dalam syurga.”



Ø Mencari sahabat yang baik kerana ia termasuk dalam ciri-ciri kebahagian seorang manusia berdasarkan sabda Nabi S.A.W daripada Sayidina Ali.

Ø Mengajak manusia kearah kebaikan dunia dan akhirat , Abu Soleh berkata : “Seorang Mukmin itu adalah orang yang bergaul denganmu dengan baik, dan menunjukimu kepada kebaikan dalam agama dan duniamu.”







Semoga persahabatan yang kita jalin dengan rakan-rakan yang baik dapat membawa kepada keikhlasan dalam perjalanan hidup dan diredai Allah s.w.t.

Kesombongan , berdusta dan keciciran dalam solat berjemaah itu racun halus yang memakan akar sebuah ukhwah dalam diam.Ia tidak mampu dilihat, tetapi ia merosakkan hati tanpa sedar.






(huhuhu... nie lah kita org time form 3 smart tak??? Kalo nak kenal nie la kita org ... nakal x jugak... hihihihi..)

kadang-kadang kita terlupa kita pernah gembira bersama dia, kadang-kadang kita terleka yang dia selalu buat kita ketawa, kadang-kadang kita tersenyum kerana dia pernah buat kita bahagia, adakalanya kita menangis kerana telatahnya membuat kita merinduinya... kerana orang itu adalah orang yang pernah berkongsi suka dan duka bersama-sama...


salam persahabatan...

Ambillah masa untuk fahami hati dan perasaan sahabat, kerana dia juga seorang manusia yang ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa, dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan teman sebagai kekuatan..Kita selalu melihat dia ketawa tetapi mungkin dia tak setabah yang kita sangka...






(KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK , JADI KITA HARUSLAH BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH)

UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan