Rabu, 22 Ogos 2012

p!l!H@N @nD@ @Nt@r@ m@HmUd@h @T@u M@ZmUm@H !!!

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
aper kabar semua?? harap antum bikhair jiddan...
ana  di sini bikhair .. sihat alhamdulilah...
kat sini ana nak konsgi serba sedikit tentang bandingan antara sifat mahmudah n mazmumah...
rasa2 antum semua nak pilih yg maner ek?? kalo ana ,, ana pilih yg mahmudah lah... hope antum semua samer lah mcm ana k.. yg negatif kita buang jauh2 k... koz yg negatif uh akan membuatkan kita jauh dari yg maha PENCIPTA...

JOM KITA BEZAKAN ANTARA MEMENTINGKAN ORANG LAIN DARIPADA DIRI SENDIRI n MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI....     

ITHAR dalam bahsa digambarkan sebagai mengorbankan kepentingan diri sendiri untuk orang lain..Demikianlah indahnya islam ,, tanpa mengira warna kulit ,, bangsa,, kabilah dan sebagainya ,, kaum muhajirin dan ansar bersatu rasa...
       Mereka adalah model ideal masyarakat satu aqidah,, yang diikat dgn slogan ,, ''TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH''..
Jiwa yang mengutamakan saudara se-islam yg lain tidak lain dan tidak bukan sekadar mengharapkan keredhaan ALLAH S.W.T.,, tiada agenda yg tersembunyi di sebalik tindakannya itu...
Firman ALLAH yang bemaksud : ''Mereka juga mengutamakan org yg berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri sekalipon mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat2 berhajat..''(SURAH al-HASHR 59;9)...Sebenarnya bukannya mudah untuk ITHAR dalam sesuatu perkara...Namun tiada yang mustahil apabila iman meraja di hati..Malah ITHAR inilah juga antara lambang ukhuwah yg sejati..
       Harus diingat!!!!! tiada istilah ITHAR dalam ibadah...Jadi ,, jika berdepan dengan sebarang situasi ,, solat misalnya,, utamakan diri sendiri terlebih dahulu.. 
 
       ANANIYYAH ialah sifat dan sikap keakuan atau mementingkan diri serta berasa megah akan diri sendiri...Manusia makhluk yang saling memerlukan antara satu sama lain..Tiada siapa yang mampu hidup sendirian..Apa sahaja milik kita hanya pinjaman dan diberikan oleh ALLAH untuk berkongsi..
       Golongan kafir dikritik hebat kerana sikap mereka yang terlalu mementingkan diri sendiri...
Matlamat di sisi mereka boleh menghalalkan cara asalkan apa yang digemari nafsu dapat dipenuhi...Itulah punca fasad di muka bumi,, apabila perubahan dilakukan demi memenuhi selera sendiri..
       HAKIKAT ini telah dijelaskan oleh ALLAH dalam FIRMAN-NYA yang bermaksud :''Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu,, kecuali dalam kampung2 yang berbenteng atau di balik tembok...Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat..Kamu kira mereka itu bersatu ,, sedang hati mereka berpecah belah...Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ialah kaum yang tidak mengerti.''(SURAH al-HASYR 59;14)..

SEMOGA KITA tidak tergolong dalam golongan mereka yang terlalu mencintai diri sehingga membawa kepada mengutamakan kepentingan diri sendiri...

  
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan