Ahad, 5 Ogos 2012

b!@RK@N c!nT@ beRK@t@ t!D@K

Apakah pernah cinta kita berkata ''tidak''?? Ah, tanpa disedari kerap kali kehendak isteri atau suami diturutkan sahaja walaupun jelas bertentangan dengan kehendak ALLAH..Atau kadangkala kita sudah bisu untuk menegur kesalahannya kerana terlalu sayang..
Kerap diungkapkan,,cinta itu buta..Apakah benar cinta itu buta??Apakah cinta orang beriman juga buta??Kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak,mana yang batil,tentulah cinta orang beriman tidak buta..
Tidak!!Cinta yang suci tidak buta..Orang beriman tetap celik walaupun sedang dilamun cinta..Mereka masih tahu dan mampu melihat serta menilai yang mana baik,,yang mana buruk,,yang mana halal dan yang mana haram sewaktu bercinta...Namun sekiranya buta yang dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya (ALLAH)...Ya, cinta orang beriman memang buta.Orang yang beriman tidak nampak lagi ranjau duri untuk mendekatkan diri kepada Ilahi...Sayidina Abu Bakar r.a. pernah berkata kepada anaknya :''Jika aku menemuimu dalam perang Badar dahulu,aku sedikit pun tidak teragak-agak untuk membunuhmu!!''
Mus'ab bin Umair pula pernah berkata kepada ibunya :''Jika ibu punya 100 nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu, saya tidak akan meningalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.''


Ya, cinta orang beriman itu buta..tetapi bukan buta melulu..Yang buta melulu hanyalah cinta orang yang lemah imannya..Cinta itu telah dikotori oleh kehendak nafsu dan bujukan syaitan..Apa sahaja yang disuruh oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan akan diikuti..Cinta buta oleh orang yang buta mata hatinya sanggup mengorbankan maruah,,harga diri malah membunuh demi cintanya.Memang benar kata pepatah Arab,''Seseorg itu menjadi hamba kepada 'apa' atau 'siapa' yang dicintainya..''
Kalau sudah cinta,,kita jadi 'buta' terhadap penderitaan,,kesusahan dan segala keperitan demi menggembirakan hati orang kita cintai..Oleh sebab itu,bertuah sekali jika orang atau apa yang kita cintai itu ialah orang yang baik atau sesuatu yang baik,maka kita akan menjadi hamba kepada orangyang baik dan kebaikan.Sebaliknya,jika sesuatu yang kita cintai itu ialah kejahatan atau orang yang jahat,,kita akan sentiasa menjadi hamba kejahatan..Firaun mati lemas kerana diperhamba oleh kuasa..Manakala Qarun ditelan bumi akibat diperhamba oleh harta..Dan berapa ramai negarawan,, hartawan dan bangsawan yang kecundang kerana cintakan wanita?? Orang Mukmin itu sangat cinta kepada ALLAH s.w.t.,,mafhum firman-NYA : ''Orang mukmin itu sangat bersangatan cintanya kepada ALLAH.''(sUrah al-Baqarah 2:165)

JANGAN PINNGIRKAN ALLAH..
Jika kita undur selangkah kebelakang dalam pngalamn syariat,anak-anak akna undur 10 langkah ke belakang.Sedikit ibu bapa tergelincir,terperosok anak-anak ke dalam lubang kemungkaran...Sebab itu sering berlaku,apabila ibu tidak lengkap dalam menutup aurat anak-anak perempuannya akan lebih galak mendedahkan aurat..Si bapa lambat dalam mengerjakan solat,anak-anak akan berani pula meninggalkan solat..Sdikit ibu bapa terpesona dengan dunia,anak-anak akan terleka mencintainya!!!! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan