Ahad, 5 Ogos 2012

HUKUM ''berCOUPLE'' .


Apakah hukum ber''couple''??
Ada yang menyatakan hukumannya haram..sejauh manakah kebenarannya??
Bolehkah kupas masalah ini??

 JAWAPAN: Ber''couple'' yang dimaksudkan di atas adalah berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram..Rasulullah s.a.w. berfirman yang bermaksud : 'Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat,maka janganlah ia berkhalwat dengan seorang wanita tanpa ada mahram wanita tersebut kerana syaitan menjadi orang ketiga di antara mereka berdua....''(Riwayat Ahmad daripada Jabir,3/339)..
    Daripada Ibn Abbas,,bahawasanya RASULULLAH s.a.w. besabda mafhumnya :''Janganlah seorang lelaki bekhalwat dengan seorang wanita kecuali jika bersama dengan mahram wanita tersebut.'' Lalu berdirilah seseorang berkata : ''Wahai Rasulullah s.a.w., isteriku keluar untuk berhaji dan aku telah mendaftarkan diriku untuk berjihad dalam perang ini dan itu.'' Maka Rasulullah s.a.w. bersabda : ''Kembalilah dan hajilah bersama isterimu.''(Riwayat al-Bukhari no.5233 dan Muslim,2\975)..
       Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan Nabi,,''Syaitan menjadi orang ketiga di antara mereka berdua''??  Al-Munawi berkata, ''Iaitu syaitan menjadi perantara(orang ketiga) di antara keduanya dengan membisikkan kepada mereka (supaya melakukan maksiat) dan menjadikan syahwat mereka berdua bergejolak dan menghilangkan rasa malu daripada kedua-duanya serta menghiasi kemaksiatan hingga nampak indah di hadapan mereka berdua..Akhirnya syaitan pun menyatukan mereka berdua dalam kenistaan (berzina) ataupun setidak-tidaknya menjatuhkan mereka dalam perkara yang lebih ringan daripada zina iaitu perkara pembukaan zina iaitu hampir-hampir menjatuhkan mereka kepada perzinaan.''(Faid al-Qadir , 3\78)  
        Al-Syaukani berkata , ''Sebabnya adalah lelaki senang kepada wanita..Kerana itulah ia telah diciptakan memiliki kecenderungan kepada wanita..Demikian juga kerana sifat yang telah dimilikinya berupa syahwat untuk berkahwin..Demikian juga wanita suka kepada lelaki kerana sifat-sifat semula jadi dan naluri yang telah tercipta dalam dirinya...Oleh sebab itu,,syaitan mencari jalan untuk menaikkan syahwat yang satu kepada yang lainnya , maka terjadilah maksiat.'' (Nail al-'Autar,9\231)
        Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : ''Tidak pernah aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya terhadap lelaki daripada fitnah seorang wanita..'' (Riwayat al-Bukhari no.5096 dan Muslim no.97 dan no.98)...Sungguh syaitan sentiasa mengajak anak Adam untuk melanggar perintah Allah..Jadi,bersamalah kita hindari berdua-duaan antara lelaki dan perempuan ajnabi terutamanya di tempat tertutup....

Bercinta dengan ilmu,,Bertunang dengan mengulangkaji,,Berkahwinlah dengan peperiksaan,,Dan berbulan madulah dengan KEJAYAAN....

Cinta itu indah,,Cinta itu juga boleh membuat kita bahagia..TETAPI INGAT!!! Cinta itu juga boleh membuat kita menderita..Dan cinta juga boleh membuatkan kita kecewa...

Jika hati sejernih air,,Jangan biar ia keroh..Jika hati seputih awan,,Jangan biar ia mendung..Jika hati seindah bulan,,Hiasi ia dengan iman.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan